‘Perlembagaan tak halang MP BN sokong saya’ -Muhyiddin

0
3

Aiman Hanif

TAN Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ahli Parlimen BN berhak menyokongnya sebagai Perdana Menteri seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pemilihan Perdana Menteri adalah berdasarkan sokongan ahli Parlimen, bukannya parti politik.

“Kalau ikut perlembagaan… perlembagaan mengatakan mana-mana ahli Parlimen, dia tak kata daripada parti mana ke, secara individu boleh, kumpulan boleh, parti mereka boleh, jadi itu pihak BN lah.

“Tapi kalau ada mana-mana ahli Parlimen membuat keputusan untuk menyokong saya itu hak ahli Parlimen berdasarkan perlembagaan negara.

“Perlembagaan kata seorang yang nak menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

“Jadi, dia tak sebut mestilah parti A, parti B,” katanya kepada media selepas mesyuarat parti itu di ibu negara lewat malam tadi.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau mendapat majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan gabungan bersama GPS, GRS dan sebilangan ahli Parlimen.

Satu portal berita melaporkan 20 ahli Parlimen BN diketuai Datuk Seri Hishamudin Hussein bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Malam tadi juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu bersetuju untuk menyertai kerajaan gabungan bersama PN, GPS dan GRS.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here