Pemimpin kanan Umno juga perlu bertanggungjawab – KJ 

0
3

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong gesaan agar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. 

Khairy berkata, gesaan agar Ahmad Zahid berundur seperti dibuat bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah betul. 

“Sekarang pemimpin kanan juga perlu ikut. Takkan tengok sahaja? Menang sorak di WTC (Pusat Dagangan Dunia), negara tergadai,” katanya dalam hantaran di Instagram. 

Terdahulu, Shahril Sufian mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan Umno dan mendesak Ahmad Zahid berundur secara terhormat susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Perkara sama dinyatakan Onn Hafiz yang menggesa Ahmad Zahid mengundurkan diri dengan segera sebagai tanggungjawab atas kekalahan BN dan Umno yang mencatat prestasi terburuk pada PRU15. 

BN yang dipimpin oleh Ahmad Zahid mengalaman kekalahan teruk pada PRU15 selain gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here