Teriakan ‘undur Zahid’, ‘no Anwar, no DAP’ bergema di PWTC 

0
3

BERGEMA teriakan ‘undur Zahid, no DAP, no Anwar’ di ibu pejabat Umno, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, petang tadi.  

Kumpulan yang mengakui dari Umno Bahagian Bukit Bintang itu mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden Umno berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN)  pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Jurucakapnya, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata,  Ahmad Zahid Hamidi wajar mengambil tanggungjawab prestasi buruk Umno dalam PRU15 ini.  

“Mana-mana organisasi sekiranya gagal capai kemenangan, maka ia mesti digalas ke atas kepala partinya. Dalam hal ini ia adalah Presiden Umno sendiri. 

“Bukan kita tak sayangkan Ahmad Zahid dan parti, tetapi beliau perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini. BN sudah kalah dalam dua PRU berturut-turut,” katanya kepada media.  

Dzulkarnain berkata, Ahmad Zahid adalah lebih wajar dan lebih terhormat berundur diri sebelum Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan serta mengambil tindakan sewajarnya. 

“Saya rasa ramai lagi ketua Umno bahagian dan ahli Umno akar umbi akan mengikut langkah kita. Kita tidak kisah dibuang parti. Kita mahu suarakan naluri dan isi hati kami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here