‘Jika mahu segak kembali, segera potong’ – Annuar Musa

0
3

TAN Sri Annuar Musa hari ini seakan menyindir kepimpinan Umno dengan memberikan naratif ‘memotong rambut sehingga kemas.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ketua Umno Bahagian Ketereh itu memaklumkan beliau ke kedai gunting rambut hari ini untuk kelihatan lebih kemas.

“Hari ini saya ke kedai gunting biasa saya di Bangsar, rambut agak panjang dah lama bertangguh, tak potong lebih awal kadang kadang menyusahkan.

“Tak perlu rasa sayang nak potong rambut, potong sahaja lagi kemas selepas dipotong.

“Kadang kala bersama rambut yang panjang, banyaklah kutu di kepala. Kutu yang kenyang, kita ni tak dapat faedah apa apa.

“Jika mahu segak kembali, segera potong, murah saja,” katanya.

Semalam Annuar meluahkan rasa hati mengenai igauan buruk itu susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau juga meminta agar kepimpinan parti untuk mendengar suara rakyat dengan berundur.

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi. Dukacita teramat sangat.

“AI-Quraan itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan. Kami anjurkan muafakat. Kami di label tidak setia. Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah.

“Kini, kemana kita nak dibawa?…mau menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggari keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) dan parti sekali lagi?” soalnya dalam hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here