MIC minta Zahid berundur

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi MIC, Datuk C Sivarraajh meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan kekalahan terburuk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN kerusi Parlimen Padang Serai itu mahu Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno itu bertanggungjawab dengan melakukan tindakan yang betul.

“Sila lakukan tindakan yang betul (berundur). Zahid, awak adalah rakan saya tapi sudah tiba masanya orang lain memimpin,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Bekas Ketua Pemuda MIC itu berkata, kekalahan BN kali ini adalah mesej jelas daripada rakyat Malaysia.

“Sila berundur,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin Umno turut mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan berikutan kekalahan BN lebih teruk berbanding pada PRU14.

Mereka ialah bekas Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, EXCO Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Setiausaha Umno Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here