SUSULAN kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, biro politik Umno dilaporkan telah mengadakan mesyuarat khas hari ini.
Mesyuarat bermula jam 12 tengahari ini di Menara Onn, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Beberapa pemimpin tertinggi Umno dilihat hadir, antaranya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, dan Datuk Seri Johari Ghani.
BN hanya menang 30 kerusi Parlimen selain gagal membentuk kerajaan negeri di Pahang, Perak dan Perlis. -Malaysiapost

