Lakar prestasi buruk, Umno adakan mesyuarat tergempar esok 

0
3

UMNO akan mengadakan dua mesyuarat penting di ibu pejabat parti itu di ibu negara esok. 

Ia dipercayai berkaitan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan dua mesyuarat penting akan diadakan esok. 

Katanya, yang pertama adalah mesyuarat Biro Politik Umno yang mesti dihadiri Pengerusi Perhubungan negeri pada jam 12 tengah hari. 

Menurutnya, ia kemudian disusuli mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada jam 3 petang. 

Dipercayai kedua-dua mesyuarat itu akan memutuskan perkara penting mengenai hala tuju BN selepas PRU15. 

Setakat tengah malam ini, BN jauh ketinggalan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi  berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Malah BN tewas semua kerusi ditandingi di Kelantan dan Melaka. 

Selain itu beberapa pemimpin utama termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas di kerusi ditandingi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here