DATUK Seri Shahidan Kassim meraih kemenangan besar dengan mengatasi dua pesaingnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Arau.
Calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 31,458 undi diikuti pencabarnya iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozabil Abd Rahman mendapat 8,242 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie pula memperolehi sebanyak 7,089 undi.
Selain Parlimen Arau, PN turut mendominasi lima Dewan Undangan Negeri (DUN) lain iaitu Pauh, Tambun Tulang, Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji. -Malaysiapost

