Ismail Sabri harap proses mengundi berjalan lancar hari ini

0
4

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berharap proses mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan kejadian tidak diingini.

Calon Parlimen Bera yang juga calon Perdana Menteri bagi Barisan Nasional (BN) sekiranya gabungan itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan hari ini, turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang membantu melancarkan proses demokrasi berkenaan.

“Alhamdulillah. Saya dan isteri selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi PRU-15, di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, pagi ini.

“Hari ini adalah penentu masa depan negara, tanggungjawab kita. Semoga proses demokrasi hari ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi atau kejadian tidak diingini.

“Terima kasih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua badan uniform yang lain yang membantu melancarkan proses pengundian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

SPR melaporkan statistik keluar mengundi secara keseluruhan bagi hari mengundi PRU-15 setakat jam 1 tengah hari tadi adalah 50 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here