Muhyiddin terus berdepan tekanan

0
2
soya cincau

Aiman Hanif

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam “tekanan” selepas Umno mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dibuat selepas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memiliki lebih 120 sokongan Ahli Parlimen.

Tekanan dibuat Umno terhadap Muhyiddin dan Bersatu ketika mana pembentangan Belajawan Bajet 2021 akan berlangsung bulan depan.

Jika kerajaan PN gagal mendapat sokongan majoriti pada pembentangan Bajet nanti ia membawa implikasi kepada jatuhnya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Ia sekali gus akan membawa kepada pembubaran Parlimen dan membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Walaupun dilihat “tenang”, namun apa yang berlaku ketika ini pastiknya memberi kesan kepada Muhyiddin yang ketika ini juga megara berdepan penularan Covid-19.

Semalam, Anwar mendakwa beliau telah mempersembahkan bukti sahih “sokongan kukuh” Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar juga mendakwa selaras dengan majoriti yang diterimanya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah tumbang.

Bagaimanapun Istana Negara selepas itu mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli Parlimen yang menyokongnya.- Malaysiapost