PAS ucap takziah pemergian calon PN DUN Tioman

0
3

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal, pagi tadi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, dalam undang-undang PRU kalau sekiranya ada dalam kalangan calon di Parlimen atau DUN meninggal dunia, proses pengundian baharu perlu dilakukan.

“PRU semula perlu dilakukan dengan satu prosedur baharu sebagaimana yang berlaku di Padang Serai, Kedah.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga calon yang meninggal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, Pahang.

Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here