Tiada pengundian bagi Parlimen Padang Serai esok – SPR

0
2
SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen P017 Padang Serai perlu diadakan semula.

Ia susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi itu, mendiang Karupaiya Mutusami pada 16 November lalu.

Sehubungan itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata proses pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai, tidak akan diadakan pada esok.

Menurutnya, SPR dalam mesyuarat hari ini telah menetapkan hari penamaan calon pada 24 November ini, hari mengundi awal pada 3 Disember serta hari mengundi pada 7 Disember 2022.

Beliau berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada 18 November dan ditutup pada 22 November.

“Calon-calon layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.

“Manakala bakal calon baharu yang ingin bertanding hendaklah menyerahkan Kertas Penamaan Calon yang lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon ditetapkan SPR,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here