Menjelang hari mengundi esok, Tun M terus ratib nama Najib

0
2
kombinasi

KERAJAAN yang akan dibentuk oleh Umno jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebenarnya lebih mengutamakan pembebasan Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan atas tuduhan rasuah.

Perkara itu dinyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mendakwa atas sebab itu mengadakan PRU15 kerana bercita-cita menjadi kerajaan Malaysia semula.

“Apa yang terjadi kepada bangsa, negara dan agama bukan lagi keutamaan bagi Umno. Biarlah negara hancur, tidak dipulih, menanggung beban hutang berbillion, tidak stabil, lemah, dipandang hina oleh dunia – semua ini tidak penting seperti pembebasan bagi banduan Najib.

“Apa juga cara, sama ada halal atau tidak, diguna oleh Umno untuk membebas Najib dari hukuman terhadapnya,” kata Pengerusi Pejuang itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir menambah, usaha gigih oleh Umno kini ialah untuk mendapat keampunan bagi Najib dan sudah tentu ia perlu memenangi PRU15 untuk menubuhkan kerajaan.

“Kita sedang lihat pemimpin UMNO dan ahli juga mendesak supaya PRU15 diadakan segera.

“Sebabnya PRU hendak diadakan awal ialah kerana semakin lama semakin sedarlah rakyat akan kesalahan Najib dan pemimpin lain dalam Umno. Dengan kesedaran ini sokongan kepada Umno akan merosot.

“Percubaan akan dibuat untuk sogok wang kepada bahagian-bahagian, cawangan-cawangan dan pengundi. Lebih lambat PRU diadakan lebih bermasalah kerja sogokan,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu fikir dengan mendalam. PRU15 ini mungkin menjadi peluang terakhir untuk pulihkan negara.

“Jika peluang ini terlepas dan Umno menang dan dirikan Kerajaan, kuasa kerajaan akan digunakan oleh kerajaan Umno supaya parti lawan tidak mungkin menang,” katanya.

Dalam hantaran berasingan di Facebooknya, Dr Mahathir mendakwa PRU15 perlu diadakan untuk memastikan beberapa lagi pemimpin Umno yang berdepan kes mahkamah dapat diselamatkan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dengan sogokan wang yang masih ada pada Umno, parti itu menerusi Barisan Nasional (BN) akan menang besar.

“Inilah perjuangan Umno dalam PRU15 seperti yang diakui oleh Zahid Hamidi, Presiden Umno.

“Apa jadi kepada rakyat dan negara bukan perjuangan Umno dan BN,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here