Negara mesti keluar dari kecelaruan politik – Khaled

0
2

NEGARA mesti keluar dari kecelaruan dan ketidakstabilan politik yang merosakkan, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Justeru Naib Presiden Umno itu berkata Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang mampu menjelmakan kestabilan politik diperlukan oleh Malaysia.

“Tiada Kerajaan yang boleh tertubuh dan mentadbir Malaysia dengan jayanya tanpa BN sebagai peneraju,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu Mohamed Khaled yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi berharap pengundi kawasan itu akan menggunakan hak untuk membuat keputusan yang akan memanfaatkan Kota Tinggi dan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Katanya, jika dipilih sebagai wakil rakyat, beliau akan menggunakan pengalaman semasa menganggotai Jemaah Menteri dan menjadi Menteri Besar Johor untuk membangunkan Kota Tinggi.

“Ikrar saya ialah untuk berkhidmat dengan sebaik, setulus dan segigihnya. Jika saya terpilih, insya-Allah saya akan usahakan era baharu untuk Kota Tinggi.

“Era yang akan menyaksikan Kota Tinggi dibangunkan secara lebih terangkum, deras, seimbang dan selari dengan keperluan masyarakat di sini.

“Saya mohon dukungan dan sokongan semua penduduk Kota Tinggi untuk memberikan saya peluang berkhidmat,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Khaled Nordin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here