PM sertai solat hajat perdana

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai ratusan jemaah di Masjid Darul Fikri Daerah Bera bagi menunaikan solat hajat perdana.

Perdana Menteri yang berbaju kurta berwarna biru tiba di Masjid Darul Fikri kira-kira jam 8.14 malam sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Darul Fikri, Ahmad Hakim Samsudin.

Dalam doa yang dibacakan Ahmad Hakim, memohon agar negara dalam suasana sejahtera untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selain mengeratkan hubungan silaturahim seluruh Keluarga Malaysia.

Turut disebut dalam bacaan doa itu, supaya rakyat Malaysia bersatu hati dengan semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam membina negara ke arah kestabilan dan kemakmuran nusa tercinta.

Selain itu, jemaah turut mengaminkan doa yang memohon rakyat Malaysia dijauhkan dari perbalahan, persengketaan dan perpecahan akibat perbezaan fahaman politik, yang memusnahkan silaturahim dan keharmonian Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan bangsa.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here