Pengundi dinasihat ikut jadual waktu perjalanan lebuh raya

0
2

ORANG ramai yang akan pulang ke kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dinasihatkan mengikut cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur, bagi tempoh 18 dan 20 November.

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak.

Katanya, cadangan pertama adalah bermula esok iaitu ke Pahang (dari 10 pagi hingga 2 petang), Terengganu dan Kelantan (6 pagi-10 pagi) manakala 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Sementara itu, bagi pilihan kedua, ANIH Berhad mencadangkan waktu perjalanan ke Pahang dari 8 malam – 11 malam manakala laluan ke Terengganu dan Kelantan dari 5 petang hingga 8 malam.

Bagi perjalanan menghala ke Lembah Klang pada 20 November, Anih Berhad mencadangkan jadual perjalanan dari Pahang (6 pagi – 10 pagi), Terengganu (8 pagi – 11 pagi), Kelantan (6 petang – 8 malam) dan 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Selain itu, pilihan kedua bagi pengguna lebuh raya untuk masuk ke Lembah Klang dari Pahang (7 malam – 10 malam). Terengganu (8 malam – 10 malam) dan Kelantan (10 malam – 12 tengah malam).

“Kenderaan ringan disaran untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada waktu perjalanan bas ekspres ke Pantai Timur iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, bagi melancarkan perjalanan pengguna disaran menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya iaitu sekiranya menggunakan kad Touch n Go (TnG) ketika masuk lebuh raya, pengguna perlu menggunakan laluan TnG untuk membuat pembayaran keluar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here