Nurul Huda Abhar
KEMUNCULAN Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sering menjadi tumpuan masyarakat.
Jika dahulu, baju-baju yang dipakai beliau semasa siaran langsung di televisyen disamakan dengan juadah kuih-kuih tempatan berikutan warnanya yang menarik tumpuan.
Hari ni, sidang media Ismail Sabri kembali menjadi perbualan warganet ketika beliau bersiaran langsung di rumah kediamannya dan disiarkan di laman sosial Facebook, petang tadi.
Rata-rata warganet tertumpu kepada objek-objek seperti topi keledar, tanjak, keris, bingkai gambar, dan kaca mata yang tersimpan di almari di belakang beliau semasa menyampaikan laporan harian PKP pada hari ini.
“Pak Long terbaca juga komen-komen kalian selepas sidang media perkembangan COVID-19 (Non-Health) tadi.
“Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya.
“Apa-apa pun terima kasih dan staysafe semua. Bagi yang berada di kawasan PKPB, patuhi SOP yang telah diumumkan,” tulisnya di laman Facebook.
Menerusi semakan Malaysiapost di laman Facebook, warganet dalam gurauan membuat bidaan topi keledar tersebut dengan harga RM1,000 dan telah “lock” (kunci) harga tersebut.
“1000 fast lock helmet,” ujar Adv Hasif.
“Datuk, boleh tepi sikit tak. Nak tengok barang belakang tu apa lagi boleh lock,” kata Hanis Nonie.
“Lock keris belakang,” tulis Ag Nes.
“Saya tak terlibat Pak Long. Deme tu ha. Tapi kalau Pak Long nak buat bidaan saya pon nak join. Nak helmet.. ampun Pak Long gurau je jangan rotan,” katan Natasha Aidrif.
Sementara itu, ada juga komen warganet yang menyamakan situasi sidang media tersebut seperti di dalam kelas persekolahan.
“Macam zaman sekolah. Cikgu mengajar depan korang bercakap kat belakang. Sibuk tengok barang-barang nak lock. Lepastu mula la tak faham,” kata Balqis Kaceh.
Menerusi sidang media hari ini, Ismai Sabri mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terperinci berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam ini.
SOP terperinci itu telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Malaysiapost

