Agong tentukan siapa PM jika BN menang PRU

0
2

KEBIJASANAAN Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menentukan siapa Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasioanal (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata BN yakin bahawa kuasa mutlak Agong terdapat di dalam perlembagaan persekutuan 43 (1) (B) ialah adalah kuasa mutlak melantik Perdana Menteri.

“Saya yakin Tuanku akan menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan siapakah akan perdana menteri apabila BN memperolehi jumlah majoriti yang mencukupi untuk kita menubuhkan kerajaan,” katanya kepada pemberita di Hutan Melintang, Bagan Datuk malam tadi.

Berdasarkan kelaziman dan tradisi, Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN yang diterajuinya menang pada pilihan raya. Bagaimanapun Perdana Menteri sekarang adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media itu, Zahid juga ditanya mengenai serangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terus mendakwa bahawa dirinya akan mengadakan bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Zahid berkata dakwaan itu dibuat adalah kerana kegagalan PN mewujudkan ‘khemah besar’ di kalangan pembangkang dan terpaksa melepaskan “’tembakan yang tidak bersasar”.

“Dakwaan itu datang daripada PN. Sebab mereka berhajat untuk membuat khemah besar tetapi akhirnya khemah besar itu tidak menjadi realiti.

“Sebab itu mereka menembak secara tidak bersasar tembak, menembak secara rambang,” katanya.

Bagaimanapun, Zahid berkata bahawa serangan itu tidak akan berjaya kerana dia yakin BN mampu menubuhkan kerajaan pusat tanpa mengadakan sebarang pakatan dengan mana-mana parti pembangkang.

“Saya yakin akhirnya yang akan membentuk kerajaan ialah BN dan tentunya ‘post electoral’ (selepas pemilihan) kita akan menentukan bahawa dua pertiga majoriti mesti diperolehi.

“Ini kerana kerajaan akan terbentuk nanti adalah kerajaan yang stabil dan kita tidak mahu kerajaan yang goyang dan ini akan menyusahkan rakyat,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here