BN, PN gabung: MT yang akan putuskan, bukan individu – PM

0
4

KEPUTUSAN penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya boleh diputuskan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti dan bukannya secara bersendirian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan padangan itu susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua parti itu akan bergabung selepas PRU15.

Ismail Sabri berkata berkata, keputusan untuk bergabung atau tidak hanya akan difikirkan selepas PRU15 selesai dilaksanakan dengan BN dapat membentuk kerajaan.

“Yang pasti apa yang saya sebut di Sarawak semalam, kita pasti akan mewujudkan gabungan bersama parti dari Sabah dan Sarawak.

“Kita tak boleh pisah dengan Sabah dan Sarawak. Mereka mesti menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, Takiyudddin mendakwa PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) selepas PRU15.

Malah, Takiyuddin berpandangan, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

Namun, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan tetapi yakin BN akan menerima cadangan penggabungan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here