Pemuda halalkan wanita terguna kad debit, anggap kes selesai

0
2

SEORANG pemuda yang kad debitnya digunakan seorang wanita selepas tertinggal di atas meja restoran Woodfire, Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, Johor menganggap kes itu sudah selesai.

Arzaim Barimin berkata dia mengaku cuai hingga terlupa mengambil kad berkenaan dan telah berjumpa dengan wanita yang menggunakan kad debit tersebut semalam.

“Saya pemilik kad debit tersebut. Kes dah selesai ya. Saya akui silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu dan cadang nak beli untuk sarapan dengan isteri esoknya.

“Boleh pula kad tu sama warna dengan menu. Saya terima masej dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya tidak lepaskan kerana jumlahnya besar,” katanya di Facebook.

Arzaim berkata wanita berkenaan ada menghubunginya petang semalam selepas video tersebar dan telah berjumpa di Puteri Harbour pada pukul 9 malam.

“Dia mengaku salah ada ‘terguna’ kad saya empat kali. Dua kali beli burger, dua kali di KK Mart Gelang Patah.

“Katanya, duit yang digunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang dibelanjakan,” katanya.

Tambahnya , pihak restoran Woodfire juga telah membayar kembali jumlah pembelian wanita yang menggunakan kad debit itu kepadanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here