MetMalaysia saran pengundi keluar mengundi waktu pagi

0
2

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) menggalakan pengundi keluar waktu pagi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti berikutan ribut petir diramalkan bagi seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Agensi itu memaklumkan kawasan di Selangor yang dijangka hujan pada waktu pagi hanyalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

“Pengundi di Kedah, Perlis dan Perak turut disarankan untuk keluar membuang undi pada waktu pagi kecuali Pulau Pinang yang diramalkan cuaca baik hanya pada waktu petang.

“Sementara itu di Pantai Timur, pengundi di Pahang dinasihatkan untuk keluar mengundi pada waktu pagi, manakala di Kelantan kebanyakan kawasan dijangka hujan pada waktu pagi, kecuali Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.

Di Terengganu, MetMalaysia memaklumkan hampir seluruh kawasan parlimen diramal hujan seharian kecuali cuaca cerah buat kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman pada waktu pagi.

Di Negeri Sembilan dan Johor, cuaca turut diramalkan cerah pada waktu pagi di kebanyakan kawasan, manakala pengundi di Melaka dinasihatkan keluar mengundi pada waktu petang.

“Dalam pada itu, pengundi di kawasan parlimen Sarawak, Sabah dan Labuan juga digalakkan mengundi pada waktu pagi berikutan cuaca diramal cerah dan ribut petir hanya pada waktu petang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web METMalaysia pada pautan https://www.met.gov.my/info/pru15/ -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here