Reezal Merican puji semangat keusahawan anak muda Kepala Batas buka cafe

0
1

DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican memuji semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh seorang anak muda Kepala Batas yang baru sahaja membuka sebuah cafe awai.pg di kawasan berkenaan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas itu juga menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke cafe milik individu yang dikenali sebagai Danial.

“Tahniah Danial atas pembukaan cafe. Semangat keusahawanan yang wajar dipuji dan dicontohi oleh Anak Muda Kepala Batas. InsyaAllah nanti saya mai singgah di cafe Danial pekena kopi,” katanya di Twitter @reezal_merican.

Reezal berkata demikian bagi memberi respon terhadap ciapan qis @kooqisss.

Qis memaklumkan cafe berkenaan terletak di Kompleks Dato Kailan dan penduduk Kepala Batas wajib mencuba kopi yang dijual pemuda berkenaan.

Cafe Awai.pg yang baru dibuka dikawasan Kepala Batas mendapat perhatian dan pujian dari Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

“Tak minum coffee, hampa (anda) jangan risau ada iced & hot choc jugak,” katanya.

Sementara itu semakan Malaysiapost di Instgram milik Danial iaitu awai.pg mendapati pemuda berkenaan bermula dengan menjual kopi melalui bonet kenderaan.

Awai.pg dibuka secara rasmi pada kelmarin (12 November) bermula pada jam 5 petang hingga tengah malam.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here