Selamat tunaikan tanggungjawab – Reezal Merican

0
3

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab mengundi kepada petugas keselamatan yang akan mengundi awal, esok.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, kini masanya telah tiba, mandat telah dikembalikan kepada yang berhak, rakyat keseluruhannya.

“Selamat menunaikan tanggungjawab kepada golongan pengundi awal esok, 15 November yang pastinya melibatkan anggota dan petugas keselamatan negara juga pasangan masing-masing.

“Tunaikanlah amanah ini, manfaatkanlah lantai demokrasi ini yang telah dibuka seluasnya untuk anda memilih pemimpin yang boleh memacu negara ke arah pembangunan lebih pesat juga mendukung agenda kesejahteraan rakyat,” katanya di Facebook.

Beliau turut mengharapkan semua mereka membuat pilihan yang wajar dan berhemah, kerana undi itu bakal menjadi penentu buat negara.

Seramai 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera akan menjadi kumpulan pertama membuang undi awal pada Piliharan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok.

Berdasarkan jumlah tersebut, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here