KJ tak yakin menang di Sungai Buloh, hanya harapkan populariti di Instagram

0
2

PAKATAN HARAPAN (PH) mempunyai kelebihan untuk menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan Khairy Jamaluddin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman berkata Menteri Kesihatan itu sebenarnya tidak yakin untuk menawan Sungai Buloh dan terpaksa mengharapkan populariti di Instagram.

“Peluang kita (PH) bagus pertama kita ada majoriti besar iaitu 26,000. Kedua kita kena tahu demografi Kota Damasara dan Paya Jaras ini adalah kawasan urban, ia berbeza dan tidak terpengaruh populariti Instafamous ini.

“Bila Khairy bawa Lee Chong Wei, lepas tu bawa pelbagai VIP di sini termasuk minta sokongan penyokong PAS itu tanda dia tak yakin di sini. Cuma dia famous itu kita akui.

“Kita pun tak terancam dengan populariti dia tu sebab dia hanya famous di Instagram di Sungai Buloh bukan semua suka yang famous ni, orang yang like pun bukan semua dari Sungai Buloh,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian kepada pemberita di Sungai Buloh, semalam.

Pada PRU-15 PH diwakili Datuk R Ramanan yang menggantikan penyandang, R Sivarasa yang tidak tercalon kerana mengalami masalah kesihatan.

Pada PR-U14 dalam persaingan di Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari PAS yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here