Kes liwat Anwar : Dulu kesian, dua kali saya ‘pikiaq’ – Sanusi

0
2

PESURUHJAYA PAS Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan pengundi di Parlimen Tambun bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dua kali disabitkan kesalahan liwat dan menyifatkan itu adalah ‘muflis moral’.

“Dulu saya pun simpati, kesian sungguh (terhadap Anwar yang dihumban ke penjara).

“Tapi bila dua kali hang kena kes (liwat) itu… kalau mahu pijak sekali boleh agak-agak, percaya ini konspirasi, ini rekaaan…

“Tapi bila kena dua kali saya pikiaq ish…,” katanya memetik MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian dalam siri ceramah Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best di Tambun, Perak semalam.

Pada 1999, Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah menggunakan kuasa. Tahun berikutnya dia dipenjarakan kerana meliwat. Anwar menjalani keseluruhan hukumannya atas kesalahan salah menggunakan kuasa tetapi menang ketika rayuan atas pertuduhan meliwat.

Pada 2012, Anwar dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan liwat. Bagaimanapun, rayuan berikutnya oleh pihak pendakwa menyebabkan pembebasan itu dibatalkan dan dia dipenjarakan.

Bagaimanapun, dia diberikan pengampunan penuh pada 2018 untuk semua sabitan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menyokong kenyataan Sanusi dengan menggesa pengundi menolak pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kerana rekod jenayah lampaunya.

“Dia (anwar) ialah bekas banduan. Tambun nak bekas banduan ke? Untuk apa dia masuk (penjara)?

“Pastikan orang Perak kuburkan pengerusi PH di Tambun!” katanya.

Anwar adalah calon PH bagi parlimen Tambun bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Sebelum ini beliau adalah penyandang kerusi parlimen Port Dickson.

Beliau akan berdepan penyandang parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (GTA). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here