Zahid bidas Shamsul Iskandar, kalah kawasan sendiri namun cuba nasib di Bagan Datuk

0
3

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi, menempelak calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang ditolak di kawasannya sendiri, namun kini mencuba nasib di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno itu berkata, Shamsul Iskandar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selain kalah pemilihan parti di PKR Cabang Hang Tuah.

“Saya tak nafikan calon luar pun baik-baik, tapi saya satu-satunya calon anak tempatan.

“Mereka datang sini, tapi saya tahu Bagan Datuk ni macam mana,” katanya di program Taqaruf “sembang santai” di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Beliau selain itu meminta pengundi bertekad dalam masa singkat ini untuk mengulangi kemenangan 3-0 bagi kawasan Bagan Datuk seperti dilakukan pada PRU14 lalu.

Katanya, penting untuk memastikan dua DUN, iaitu Hutan Melintang dan Rungkup menang kerana ia akan menentukan tertubuhnya kerajaan Perak dan pembentukan kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

“Ini masanya untuk buktikan kita kerajaan yang berkaliber dan bukan kerajaan tebuk atap seperti yang dituduh oleh pihak tertentu sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here