Semi-lockdown dikuatkuasa di Istana Negara

0
3

ISTANA Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pelaksanaan itu adalah lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini, seperti diumumkan kerajaan semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap kesihatan diri pegawai serta kakitangan Istana Negara.

“Dan pelaksanaan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara,” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengajak rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati dan ancaman penularan Covid-19 dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera. – MalaysiaPost