PM buat sidang media jam 5 petang ini

0
3

PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan sidang media khas pada jam 5 petang ini.

Poster mengenai sidang media itu dimuat naik di laman Facebook Perdana Menteri sebentar tadi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan isu utama yang akan diumumkan beliau.

Kemungkinan Perdana Menteri akan mengumumkan hal berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai tengah malam ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin akan turut menyentuh mengenai perkembangan politik semasa, khususnya dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau memiliki sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar dalam sidang medianya mendakwa berdasarkan perkembangan semasa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh. – Malaysiapost