Tanah Merah akan dijadikan hub pendidikan Kelantan – Ikmal Hisham

0
3

PENYANDANG Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mahu menjadikan kawasan berkenaan sebagai hub pendidikan di Kelantan.

Calon daripada Perikatan Nasional (PN) itu berkata, untuk ke arah itu Tanah Merah perlu disediakan perpustakaan untuk dijadikan pusat rujukan selain membina sekolah agama.

“Antara agenda saya sekiranya terus diberi mandat di Tanah Merah adalah dari segi pendidikan dan saya mahu menyediakan perpustakaan yang mana boleh menjadi rujukan pelajar.

“Pada masa sama saya mengharapkan di Tanah Merah akan ada sekolah agama memandangkan masyarakat di sini lebih cenderung kepada aliran agama dan kemudagan itu sangat penting.

“Dengan adanya kemudahan itu, saya mahu jadikan Tanah Merah sebagai hub pendidikan di Kelantan dan berharap dapat merealisasikannya,” katanya.

Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, sebanyak lebih RM2 juta sudah diluluskan dengan kebanyakannya untuk baik pulih masjid, jalan dan prasarana di daerah ini.

“Ini salah satu usaha yang saya lakukan dan permohonan ini dibuat sebelum pembubaran Parlimen lagi dan sudah diluluskan.

“Disebabkan sekarang musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), projek itu akan dilaksanakan selepas PRU15 nanti, namun yang pasti ia sudah diluluskan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here