Semua 63 jemaah kumpulan terekat selamat dibawa pulang

0
3

KESEMUA 63 jemaah umrah warga Malaysia daripada kumpulan tarekat yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu, selesai dibawa pulang ke tanah air.

Kumpulan terakhir membabitkan baki 23 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, kumpulan terakhir itu tiba pada jam 1.20 tengah hari tadi dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.

Sebelum ini, kumpulan pertama membabitkan 36 jemaah selamat tiba pada 4 November, disusuli kumpulan kedua (empat orang), Isnin lalu.

“Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas itu dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam membantu usaha ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia sekali gus dinasihatkan sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak, terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Gerakan tersebut dipercayai merancang untuk menunggu kemunculan Imam Mahdi di Arafah pada hari wukuf lalu, namun hampa apabila langsung tidak pernah pun dibawa ke Mekah.

Ketua tarekat gerakan sesat tersebut diusir keluar pihak kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan berkaitan visa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here