Subvarian Omicron merebak cepat ke Batam

0
3
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KERAJAAN Indonesia melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 subvarian Omicron XBB di Batam.

Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, sebanyak 48 kes jangkitan membabitkan subvarian baharu itu dilaporkan di Batam, lapor Kompas.

Bagaimanapun, beliau berkata, daripada jumlah tersebut kebanyakan pesakit mengalami gejala ringan.

“Varian XBB paling banyak di Batam kerana lokasi tersebut berhampiran Singapura. Sehingga Oktober, subvarian yang mendominasi jangkitan adalah BA4 dan BA5… XBB pula merebak bermula pertengahan bulan lalu,” katanya.

Singapura merekodkan jangkitan wabak yang tinggi dalam tempoh sehari kerana varian Omicron XBB disifatkan lebih mudah menular berbanding varian sebelumnya.

Varian Omicron XBB boleh mengatasi sistem ketahanan tubuh. Namun mereka yang dijangkiti direkodkan hanya mengalami gejala ringan sahaja. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here