Ku Li hadir ke Istana Negara menghadap Agong

0
3

Nilam Oshman

PENGERUSI Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan meninggalkan Istana Negara pada jam 2.43 petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat menaiki kereta jenis Mercedes berwarna hitam.

Difahamkan, Tengku Razaleigh masuk menerusi Pintu 3 Istana Negara, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi kenyataan kepada petugas media yang menunggunya di luar pekarangan Istana dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan.

Difahamkan, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 2 petang tadi.

Kehadiran Ku Li itu dipercayai susulan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menghadap Agong, pagi tadi.

Anwar menghadap baginda bagi mempersembahkan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya. -Malaysiapost