Tak pernah sekali pun saya masuk kem tentera untuk kempen – Hisham

0
3

DATUK Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan kononnya beliau dibenarkan berkempen di kem tentera sebagai fitnah.

“(Ia) fitnah kerana saya dah turun (berkempen) selain dari kawasan saya sendiri di Sembrong, saya dah turun ke kawasan di Johor dan hari ini ke Pahang, tiada sekali pun saya masuk kem tentera kita,” kata Menteri Kanan Pertubuhan itu.

Pagi tadi, Tentera Darat Malaysia (TDM) menafikan kenyataan tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain membenarkan Hishammuddin berkempen di mana-mana kem Tentera Darat.

TDM menjelaskan kenyataan Penglima Tentera Darat telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here