Lebih 6,000 PPS dikenal pasti persediaan hadapi banjir – Rina

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=461548598991781&set=pb.100054099345604.-2207520000..&type=3

SEBANYAK 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dikenal pasti di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata semua barang keperluan untuk mangsa banjir juga sudah disediakan dan hanya menunggu arahan dihantar ke PPS yang memerlukan.

Bagaimanapun, beliau agak gusar kerana hampir 35 peratus PPS yang dikenal pasti adalah pusat pengundian untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

“Jadi kita sama-sama berdoa agar banjir tidak berlaku dalam masa terdekat atau pada masa yang sama dengan hari mengundi nanti,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor serta Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here