Sultan Johor berkenan terima menghadap Ismail Sabri

0
3

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan di Johor dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menerusi hantaran terbaru di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia memaklumkan pertemuan itu bersempena lawatan Ismail Sabri ke Johor, hari ini.

Turut berangkat sama pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu turun ke Johor bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, petang ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here