Peminat Blackpink ugut bunuh pereka tari?

0
3

KUMPULAN K-Pop popular Blackpink yang baharu sahaja merlancarkan album penuh ‘The Album’ kini terpalit kontroversi selepas peminat dikatakan tidak berpuas hati dengan koreografi yang dicipta untuk lagu ‘Lovesick Girls’.

Kiel Tutin, seorang pereka tari berasal daripada New Zealand dikhabarkan telah ‘diserang’ oleh BLINKs ( nama bagi peminat Blackpink) dengan kata-kata kesat selain menerima ugutan bunuh.

Ini kerana koreografi tersebut yang dikatakan ‘tangkap muat’ dan ‘mencedok’ daripada kumpulan wanita lain, lapor Kimchidaily.

Menerusi entri di Instagram, lelaki berusia 24 tahun itu mengatakan bahawa dia membuka Twitter pada Sabtu lepas dan mendapati 25,000 individu tanpa muka memintanya untuk mati.

“Saya membuka Twitter dan melihat ribuan mesej yang mengatakan bahawa koreografi saya tak best, mencaci, mereka imej palsu mengatakan saya seorang rasis dan menyuruh saya mati selain ugutan bunuh,” katanya.

Tutin berterusan menjelaskan bahawa dia tidak menyangka bahawa ramai yang merasa bahawa ia adalah okay untuk bersikap negatif secara atas talian.

Malah dia menjelaskan bahawa hanya 20 peratus daripada koreografi itu miliknya dan selebihnya diuruskan oleh label Blackpink.

“Kami sudah biasa sangat dengan syarikat K-Pop ini kerana mereka akan menghubungi beberapa koreografer lain dan koreografer di syarikat tersebut akan mengubahnya dan menentukan apa yang dilakukan oleh artis itu,” katanya.

Dalam pada itu, Kiel meminta peminat K-Pop supaya berhenti melayan artis kegemaran mereka seperti ‘Tuhan’ dan membenci dan bersikap negatif terhadap individu yang berkolaborasi dengan artis itu. -Malaysiapost