Trump negatif Covid-19 – doktor

0
1

[Dunia] PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan negatif daripada Covid-19.

Ia selepas 10 hari beliau dijangkiti virus berkenaan.

“Saya boleh sahkan keputusan ujian beliau (Trump) adalah negatif,” kata doktor Rumah Putih, Sean Conley seperti dilapor AFP.

Conley bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus hari Trump menjalani ujian berkenaan berkata, pasukannya merumuskan bahawa presiden tidak boleh menjangkiti orang lain.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Trump dalam perjalanan dengan menaiki pesawat rasmi Air Force One untuk menyertai kempen di Florida.

Trump kini kembali aktif dalam siri kempennya sejurus pulang ke Rumah Putih selepas tiga hari dirawat di hospital.

Baru-baru ini, Trump menerusi ciapan Twitternya memaklumkan beliau dan isterinya, Melania positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin. -Malaysiapost