Pekarangan Istana Negara masih tenang

0
3

Fitri Nizam

SUASANA di luar pintu masuk 2 Istana Negara masih tenang menjelang majlis menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.

Tinjauan di Malaysiapost di lokasi mendapati pihak media daripada pelbagai agensi ‘membanjiri’ pekarangan pintu masuk Istana Negara bagi menanti ketibaan Presiden PKR berkenaan.

Difahamkan, Anwar tiba jam 10.25 pagi tadi untuk menghadap Agong yang dijadualkan jam 11 pagi ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga dijangka mempersembahkan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk membentuk kerajaan sekali gus mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.

Kawasan ini juga turut dikawal pegawai dan anggota polis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Polis yang ditempatkan di lokasi juga menjalankan tanggungjawab dengan mengingatkan pihak media untuk menjaga penjarakan fizikal selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berada di sini. -Malaysiapost