Calon BN Kapar dapat sokongan penuh walaupun hadir sebagai calon baharu

0
3

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kapar, Muhammad Noor Azman @ Noor Hizam mempunyai sokongan kukuh dari seluruh jentera BN walaupun hadir sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Muhammad Noor Azman berkata beliau mempunyai senjata rahsia yang tidak ada pada calon dan yakin mampu meraih kejayaan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disadang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU-14.

“Orang kata saya ni orang baru tetapi saya ni tuan-tuan dan puan-puan, muka baru ni, orang muda ini ada sesuatu yang mereka semua tidak ada.

“Orang muda muka baru ni mempunyai sokongan, dokongan seluruh jentera BN yang bukan calang-calang. Saya ada Wanita yang menjadi tulang belakang BN, saya ada Pemuda yang setia bersama saya dan saya ada Puteri cantik menawan tetapi cukup merbahaya.

“Saya da seluruh jentera BN yang akan memastikan kemenangan kita di Parlimen Kapar ini terjamin,” katanya.

Pada PRU kali ini menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di Parlimen Kapar membabitkan Muhammad Noor Azman serta enam lagi calon iaitu Mohd Pathan Hussin (Pejuang), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Pakatan Harapan), Datuk Seri Rahim Awang (Warisan), Datuk Seri Selvalinggam (Bebas) dan Dr Daroyah Alwi (PBM).

Dalam PRU-14 lalu Abdullah Sani meraih 47,731 undi dengan majoriti 16,306 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here