Umno perlu terus komited bawa wadah Islam – Razlan

0
2

PEMIMPIN Umno perlu belajar dan berjuang sebagai ahli politik demi membawa wadah Islam, menjaga hak sebagai bangsa peribumi, kata Datuk Mohd Razlan Rafii.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, perjuangan parti itu tetap demi agama, bangsa dan tanah air.

“Ingatkan jasa parti keramat ini kepada kita dan bangsa kita, kenanglah sejenak apa yang Kita sebagai individu menikmati kehidupan sebagai seorang pemimpin.

“Setiap kita ada manis perjuangan, ada kisah silam sepanjang menjadi ahli parti,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Razlan berkata, tidak salah mengenang jasa namun perjuangan dan keturunan perlu dihormati kerana Umno.

“Pulanglah kepada azali kita sebagai ahli Umno, kita tidak punyai apa-apa, kita belajar dan berjuang sebagai ahli politik demi membawa wadah Islam, menjaga hak kita sebagai bangsa peribumi.

“Kepada semua rakan-rakan orang Parti, kita berkhidmat bukan kerana nama, kita berkhidmat bukan kerana jawatan, kita berkhidmat bukan kerana imbuhan,

“..kita diangkat sebagai pemimpin, kenang sejenak, ada yang berjuang dari awal tapi tetap setia,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berharap ahli parti yang setia dan mengenang jasa akan terus bersatu demi bangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here