Abdul Latiff tak bertanding PRU-15

0
1

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, sekaligus tidak mempertahankan kerusi Parlimen Mersing yang disandangnya.

Beliau yang juga di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu, berkata keputusannya itu adalah bagi memberi laluan kepada muka baharu.

“Saya tidak mahu bertanding pada PRU15 dan tidak akan mempertahankan kerusi Mersing,” katanya pada satu majlis, semalam.

Menurutnya, beliau sudah menjadi Ahli Parlimen selama 27 tahun dan adalah menjadi tanggungjawabnya memberikan laluan kepada pelapis. “Saya sudah enam penggal (jadi Ahli Parlimen), bagi orang baharu dan orang muda. “Saya jadi Ahli Parlimen dahulu waktu saya muda, 27 tahun jadi Ahli Parlimen adalah tugas saya untuk beri kepada calon baru.
“Kita ada calon muka baru dan muda,” katanya.

Pada PRU-14, Abdul Latiff memenangi kerusi Parlimen Mersing atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan 19,806 undi menewaskan pencabar daripada Pas dan PKR. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here