Tommy Thomas saman Pasukan Petugas Khas

0
2
PUTRAJAYA, 11 Feb -- Peguam Negara Tommy Thomas ketika hadir ke Mahkamah Rayuan hari ini. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan atas dakwaan melanggar undang-undang dan hak Perlembagaannya kerana menerbitkan laporan berhubung memoir beliau.

Tommy yang memfailkan saman itu hari ini melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas, menamakan pengerusi dan ahli Pasukan Petugas Khas terbabit serta Kerajaan Malaysia selaku defendan, lapor FMT.

Mereka adalah Pengerusi Datuk Seri JC Fong dan ahlinya Datuk Seri Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamarruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi, dan Najib Suri.

Beliau memohon deklarasi bahawa pasukan petugas itu sebuah badan yang menyalahi undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi ditugaskan oleh kerajaan, yang juga dinamakan sebagai defendan.

Tommy juga memohon deklarasi bahawa laporan bertajuk “Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’” yang dikeluarkan STF ialah dokumen tidak sah dan tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Dalam saman pemula yang difailkan Tetuan Tommy Thomas hari ini, beliau berkata, penerbitan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan kerajaan itu melanggar haknya terhadap reputasi yang menurutnya, dilindungi Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tommy menuntut pampasan daripada semua defendan, jika mahkamah mendapati hak Perlembagaannya sudah dilanggar.

Beliau juga mahu ganti rugi teruk dan teladan dibayar setiap anggota pasukan petugas khas itu secara peribadi kepadanya.

Tommy turut memfailkan afidavit untuk menyokong saman itu.

Mervyn Lai yang menganggotai pasukan peguam Tommy berkata, dokumen mahkamah sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara petang ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here