PKR minta ahli bertenang, tiada himpunan esok

0
2
Tricycle passing through Barisan Nasional and PKR flags along Jalan Keretapi Lama in Klang.

SEMUA anggota PKR diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara, esok.

Ini susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataan turut memohon semua rakyat Malaysia bertenang ketika majlis mengadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.

“KEADILAN mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular,” katanya.

Anwar pada minggu lalu memaklumkan, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 13 Oktober ini (esok).

Dalam satu kenyataan media, Anwar berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini. – Malaysiapost