Bukan guna jalan pintas – Wawa Zainal

0
2

PELAKON, Wawa Zainal me­nyangkal dakwaan kekayaan yang dikecapi dalam perniagaan menggunakan jalan pintas seperti yang didakwa segelintir netizen.

Perkara itu diluahkan selebriti bergelar usahawan itu menerusi Instagram miliknya.

“Susah nak kurus, samalah juga dengan kejayaan, bukan hari ini buat, esok sudah kaya.

“Wawa dan Aeril Zafrel juga sudah lama berniaga. Kami pernah jual baju, tudung dan kanta lekap sehinggalah wujud WawaCosmetic sekarang,” katanya.

Pelakon berusia 29 tahun ini berkata, perniagaan yang dijalankannya itu telah bermula sejak 2016 dan bukanlah bisnes cepat kaya seperti dilemparkan netizen.

“Perniagaan kami bermula sejak 2016 dan empat tahun itu bukan sekejap. Kami pernah merasai pengalaman jatuh ba­ngun sebagai seorang usahawan.

“Siapa kata saya kaya segera? Sekarang pun belum kaya lagi.

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syu­kur,” katanya.

Sejak kelmarin, pasangan ini menjadi perhatian netizen selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang ­mereka.

Terdapat warganet menegur Aeril supaya tidak terlalu me­nunjuk kemewahan kerana khua­tir menjadi perhatian pihak berkuasa. – Malaysiapost