Lepas SPRM, ditahan PDRM pula

0
2

TIGA individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian sebelum ini, ditahan semula oleh polis, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman bermula hari ini.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan tahanan reman kes siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM termasuk dalang Macau Scam, dibebaskan dengan jaminan, petang semalam.

Bagaimanapun, lapan daripada mereka kemudian ditahan semula JSJ Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Setakat ini, SPRM membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan yang dijalankan oleh selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan. – Malaysiapost