Datang Muar dan nilai sendiri – Syed Saddiq

0
2

“Kalau rasa saya gagal laksanakan tanggungjawab dengan baik, boleh datang ke Muar dan nilai sendiri,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden MUDA itu menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu Syed Saddiq bertanding Parlimen Jasin pada Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15).

Membalas komen pada Facebook (FB) Akmal Saleh, Syed Saddiq menegaskan beliau menyertai politik untuk berkhidmat.

“Saya terhutang budi kepada warga Muar yang memberikan saya peluang untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen mereka pada tahun 2018,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Akmal mencabar Syed Saddiq bertanding kerusi Parlimen Jasin susulan tuduhan berkenaan kekecohan yang berlaku ketika sesi ceramah di Muar, Johor baru-baru ini.

Muhamad Akmal berkata, Parlimen Jasin boleh dianggap kerusi neutral memandangkan Barisan Nasional (BN) hanya menang dengan majoriti 219 undian dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU14. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here