Pakej bantuan banyak dipotong kerana kegagalan PH mengurus – Zahida

0
1
Delegates listening to a keynote address by Umno puteri chief Datuk Zahida Zarik Khan during Puteri Umno meeting in Pwtc, Thursday, December 5, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

PUTERI Umno mendakwa tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memotong dan memberhentikan banyak pakej bantuan kepada rakyat menunjukkan kegagalan mengurus.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata tindakan itu juga bukan kerana tidak mampu dari sudut kewangan, tetapi semata-mata mahu menjayakan propaganda untuk menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu teruk.

Beliau berkata, peranan sesebuah kerajaan sudah tentulah untuk mengurus ekonomi dan membantu rakyat tetapi itu semua tiada dalam kamus PH yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Apa sahaja dasar yang baik untuk rakyat mereka henti dan kurangkan. Pakej-pakej bantuan banyak dipotong banyak yang dihentikan.

“PH dan serpihannya tak pernah kisah kesusahan nelayan,petani, penternak,penoreh dan kumpulan rakyat memerlukan bantuan,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Zahida berkata, apa yang mereka (PH) mahukan kuasa untuk menghukum musuh.

“Rakyat perlu buat apa? Pemimpin PH minta lupakan kesusahan dan belajar ‘ikat perut’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here