Mengaku cicit nabi : Jakim minta orang ramai berhati-hati 

0
4

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Pesanan berkenaan mengulas pertanyaan warga maya yang meminta penjelasan mengenai dakwaan bahawa lelaki itu ada melakukan penipuan wang dan nasab.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.

“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” katanya.

Menurut Jakim, pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.

“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri.

“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau,” tambahnya.

Sebelum ini dilaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang ceramah atau program sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu. 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) juga dilaporkan meminta agar semua pihak menyemak dahulu kesahihan latar belakang individu yang mendakwa diri sebagai keturunan Nabi Muhammad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here