Lagu ‘kisah Ismail Sabri’ sempena PRU15

0
2

MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan tiba tidak lama lagi, pelbagai kreativiti ditonjolkan bagi “kempen” parti politik yang bakal bertanding.

Terbaru, sekumpulan anak muda tampil mencipta lagu parodi “Inilah politik Malaysia” bagi menghangatkan PRU15.

Dengan mengambil melodi lagu lama, dendangan lagu berkenaan mengisahkan tentang perjalanan politik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Kisah Ismail Sabri” dalam lagu berkenaan menceritakan bagaimana kecekalan Perdana Menteri berdepan dengan “tikam belakang” oleh menteri dalam Kabinetnya sewaktu memimpin kerajaan.

Lagu yang dihasilkan empat anak muda itu tular di media sosial, turut menceritakan tentang pembubaran Parlimen yang akhirnya mendatangkan kegusaran kepada pembangkang.

Sebelum ini, 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai usaha “menghalang” pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri dalam kenyataan selepas pembubaran Parlimen menjelaskan tindakan 12 menteri PN Itu menjadi pendorong kepadanya untuk membubarkan Parlimen kerana melihat kerajaan sudah tidak lagi stabil.

Untuk rekod Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ketiga dalam tempoh sepenggal, Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hilang sokongan ahli Dewan Rakyat.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here