PRN Sabah: Sokongan terbuka Richard Malanjun kepada Warisan, membuka luas pintu kesangsian?

0
3
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

[Sudut Pandang] PRN Sabah selesai. Kerajaan Warisan tumbang. Kerajaan baru sudah dibentuk untuk melaksanakan tanggungjawab.

Tetapi satu perkara yang ramai terlepas pandang. Iaitu sokongan terbuka Richard Malanjun bekas Ketua Hakim Negara kepada Warisan. Ia membuka luas pintu kesangsian.

Richard bukan sahaja membuat rakaman video merayu rakyat Sabah menyokong Warisan tetapi juga berkempen di atas pentas DAP.

Sebelum itu Richard Malanjun telah dilantik begitu cepat sebagai Pengerusi BERJAYA Land sejurus persaraannya.

Berjaya Group adalah milik Vincent Tan. Semua tahu dia adalah kroni Tun M.

Baru baru ini kelihatan kelibat Vincent Tan semasa Tan Sri Muhyiddin bermain golf selepas PRN Sabah.

Penglibatan Politik dan perlantikan Richard Malanjun dan beberapa insiden semasa petadbiran PH menguatkan syak wasangka wujud campur tangan politik terhadap sistem kehakimam negara

Tun Mahathir mempunyai sejarah panjang mengenai campur tangan politik terhadap sistem kehakiman negara.

Contoh jelas ialah kes berprofil tinggi perbicaran SRC yang melibatkan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

Kes itu sepatutnya di dengar di hadapan Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada “4 Julai 2018”.

Tetapi Sofian dengan serta merta diganti oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali setelah Richard Malanjun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada “11 Julai 2018”.

Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas perlantikan Richard Malanjun. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/27/new-judge-to-hear-najibs-cbt-case/

Menukar Hakim ketika perbicaraan sedang berjalan sememangnya menimbulkan persepsi dan keraguan

Perlantikan Nazlan menimbulkan keraguan kerana dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes komersial bermula 30 Januari 2017.

Pakar perundangan lebih arif beza menghakimi kes komersial berbanding kes jenayah. SRC adalah kes jenayah. Pembuktian kes jenayah mestilah melangkaui kesemua “keraguan munasabah”.

Sepatutnya Hakim veteran berpengalaman mengendalikan kes jenayah berprofil tinggi. Bukannya yang baru 1 1/2 tahun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan tanpa pengalaman dalam kes jenayah sebelumnya.

Ia tambah meragukan apabila Hakim yang sama juga mengahkimi kes yang ada kaitan UMNO seperti kes Isa Samad, Zahid Hamidi, pembekuan aset UMNO Pekan dan kes Peguam UMNO Datuk Hasfarizam.

Kalau dibandingkan dengan lebih 50 Hakim Mahkamah Tinggi yang sedia ada, maka melonggokkan semua kes politik yang melibatkan UMNO kepada Nazlan seorang sudah tentu menimbulkan banyak keraguan.

Nazlan juga menghakimi kes DAP-LTTE. Keputusan Nazlan mengenai kes LTTE telah mendapatkan pujian daripada Tommy Thomas. Katanya;

“Justice Nazlan recognised the principles in the basic structure doctrine and developed in the Indira Gandhi and Semenyih Jaya cases, when holding Section 13 of the Sosma Act as unconstitutional because that section closes the door to judicial application for bail.”

Klik di sini. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/13/ag-will-not-appeal-high-court-decision-declaring-sosma-unconstitutional.

Semua orang tahu, perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah cadangan DAP.

SUHAKAM mendesak diwujudkan “inquiry” untuk menyiasat campur tangan politik dalam sistem keadilan ekoran afidavit Hamid Backer Hakim Mahkamah Rayuan.

Sepatutnya desakan SUHAKAM itu diperluaskan kepada isu perlantikan Hakim dan beberapa keputusan penghakimam semasa 22 bulan pemerintahan PH dahulu.

Cerita mengenai Richard Malanjun dan apa yang terdedah sekarang membuka luas kesangsiaan wujudnya campur tangan politik, manipulasi politik, selective prosecution dan political persecution oleh kerajaan PH.

Justeru, kerajaan hari ini mesti membuktikan intergriti dan ketelusan.

Muhyiddin wajar memastikan individu individu yang terpalit tidak boleh kekal untuk mengadili kes yang dikaitkan dengan “political persecution”.

Datuk Mohd Dr Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan disiarkan tanpa suntingan)